Sebenarnya mama dah janji dengan anak-anak yang akan start posting 27 April 2012 yang lepas, tapi tak sempat.Tarikh tu sempena Anniversary Ayah & Mama ( 15 thn.), dan juga birthday Kak Long Aina ( 14 thn.). Kami sangat bersyukur Kepada Allah kerana telah menghadiah kami dengan seorang baby girl yang gebu on our 1st Anniversary ( gebu sehingga sekarang...he...he...he..., jgn marah Kak Long!)
So, On the 27th April yang lepas Ayah & mama ambik cuti sebab dah janji nak bawa anak-anak pergi Book Fair kat PWTC ( Alya was the one yang excited tersangat sebab nak jumpa novelis Ain Maisarah and her Gang kat kedai Pink Ain Maisarah tu).The day was Friday, habis ayah Solat Jumaat, semua orang dah siap sedia nak pegi,tapi ayah saja je download something kat PC dia.Anak-anak dah tak senang duduk, semua tunggu kat luar rumah, tak boleh nak sabar lagi dah...Jom tengok gambar...
![]() |
Alya & Kak Ain Maisarah kesayangannya... |
![]() |
Alya & gadis Bintang, one of her favourite character |
![]() |
Sekeluarga & Ain Maisarah |
It was a great day, Malamnya pulak kami sekeluarga pergi ke food stall kat dalam Wardieburn Kem, Setapak, pergi ambil satay yang mama tempah dari office mate, Ramziah Hani ( Tokey satay ni...).Masa tunggu satay ,Ram belanja otak-otak ( anak-anak suka sebab tak berapa nak pedas).
Dari Wardieburn terus pergi rumah MamaAyu ( satu-satunya kakak mama), nak ziarah MamaAyu yang tak berapa sihat, sampai sana MamaAyu dah siap belikan Kak Long kek Indulgence Secret Recipe!
To MamaAyu : The Cake was very delicious...Terima kasih ingat birthdate kak long ! - Luv u, Kak Long
Alhamdulillah, Kami sekeluarga bersyukur diatas segala nikmat yang diberikan Allah!
RESEPI KAMI
Puding Karamel
Resepi copy & paste dari Alia@myresipi.com ( Terima kasih untuk resepi yang sedap ni)

Resepi ni memang sentiasa mama guna bila nak buat karamel, even untuk tempahan pun guna resepi ni.Dah pernah cuba kukus & bakar ( tapi guna air dalam dulang, tak cuba lagi bakar tanpa air as suggested dalam resepi)
Siapa-siapa yang rajin bolehlah cuba, sapa tak berapa nak rajin jom oder kat mama.
Bahan-bahan
- 400cc(400ml) susu segar/susu cair
- 5 sudu besar gula halus
- 3 biji telur- pada suhu bilik
- 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
- 2-3 titik esen vanila
- [ KARaMEL ]
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
Cara-cara
- Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
- Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
- Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
- Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
- Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
- Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
- Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais