بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Sibuk...Sibuk...dan Sibuk...,
Tak sempat nak update blog selalu, sibuk selalu...dengan anak-anak...dan tempahan2
So, kumpul semua dalam 1 cerita...
Mei 2012
12hb Mei, Hari Usahawan Sek. Keb. Taman Melati, Setapak.
macam tahun-tahun lepas, Ayah, mama & anak2 tak melepaskan peluang untuk membantu sekolah mengumpul duit dengan menyertai pameran kucing.Kali ni bayaran masuk ke bilik pameran RM2.00.Tahun ni seperti selalu kami bawa 2 kandang kucing ( 1 besar - ada 4 ekor kucing : Ching Chong, Lyssa, Marmalade, Dezzy & 1 sedang ada 4 ekor baby kucing : Tabby, Yu-chee, Pikachu (Wisnu) ,Domocoon.)
Tapi...tahun ni kami tak bawa 2 ekor peserta tetap iaitu Bear dan Tom. Bear baru nak pulih lepas kena langgar kat tepi rumah tapi yang sedih sangat Tom pulak mati kena langgar depan rumah,yang pastinya ayah & kak long Aina paling sedih sebab Tom tu kucing kak long.Ayah pulak mengadap si Tom kena langgar sampai dia hembus nafas terakhir.Semua orang pun nangis, mama pun dah nak nangis lagi ni masa tulis ni.
Yang tetap menggembirakan kami ialah setiap tahun kucing kami menang ,kalau tahun-tahun lepas TOM lah yang sentiasa menang, Tahun ni Marmalade (Anak si Bear = anak buah TOM ) pulak menang. Dapat hadiah hamper & tiba-tiba si Alya pulak dapat cabutan bertuah, dapat hamper lagi.Nampaknya yang bertuah tuan-tuan kucing sebab dapat hamper makanan .Balik rumah anak anak buka hamper terus makan.
![]() |
TOM & BEAR |
Dan macam-macam lagi cerita yang tak tercerita.....
June 2012
Anak-anak cuti sekolah, tapi macam tak cuti je...Alya kelas tambahan & kak long tetap kena pergi duty kat Library sekolah hari Selasa & ada latihan silat. Aisy pulak sibuk nak cuti bila kakak2 semua cuti.
Start June juga Alya sibuk berlatih kawad kaki, sekolah S.K Taman Melati masuk pertandingan wakil Zon.Pertandingan akan diadakan pada 10/7/2012...kita tungguuu..., mama rasa macam nak pergi tengok pulak nanti, Tapi kena ambik cutilah....
16 June 2012
SMK Taman Melati, Setapak ( Sekolah Kak Long) Sukan - biasalah Kak Long mesti masuk perbarisan & tukang sorak rumah panglima.
Seronok Aisya & Aisy tengok sukan sebab ada maskot angry bird & purple Hippo.Tapi tak ambik gambar pun...
TAHNIAH! Rumah Panglima Johan tahun ni...( mama, Aisya & Aisy pun duduk sekali kat rumah panglima untuk sorak!)
Yang paling happy ialah Aisy sebab dapat jumpa Cikgu Jabir ( Cikgu Kak Long ) .Tak tau kenapa Aisy suka sangat sebut nama Cikgu Jabir kat rumah. Selalu Suruh Kak long kirim salam kat Cikgu Jabir lah & yang bestnya masa birthday Aisy April lepas, Cikgu Jabir bagi Aisy hadiah Coklat. Kembang kempis hidung si Aisy masa tu...
22-24 June 2012
Mama akan ke Singapore ( Working visit ), jangan nakal-nakal tinggal rumah dengan ayah...
Bye....Bye...