بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Hari ni mama nak ucapkan Tahniah kepada mereka-mereka dibawah!
Tahniah 1
Tahniah kepada pengantin baru Icham & Ashraf , juga kepada Angah Fizah & Suami . Icham & Angah Fizah ialah anak buah sebelah ayah.
Terima kasih pada Icham sebab percaya kepada mama untuk buatkan bouquet ( bunga pegang pengantin ) & kek hantaran ( gambar kat bawah.
Kami mendoakan semuga Icham& Ashraf, Angah Fizah & Suami akan sentiasa diberkati dalam menghadapi kehidupan yang baru ini.Banyakkan bersabar bila ada dugaan yang mendatang...
Bunga pegang & kek yang dah siap |
Kek 'in progress' |
Tahniah 2
Tahniah kepada Angah Tati ( Ini anak buah sebelah mama) sempena majlis konvonya tempohari.Sekarang ni Tatiana Imrah ni jauh di Sabah, sambung belajar kat sana...
Mak su doakan angah Tati sentiasa dalam kasih sayang Allah didalam menghadapi kehidupan ini.Semoga akan berjaya dengan cemerlang didalam pelajaran!
Tahniah 3
Tahniah juga buat anak mama Muhammad 'Aisy sempena majlis graduationnya .Tamat belajar kat IIUM educare , dari baby sampailah unur 6 tahun!Masa majlis ni 'Aisy buat persembahan Percussion sambil nyanyi.
Jom tengok gambar dia & video persembahan dia.
'Aisy & kawan |
'Aisy |
'Aisy, Adif,Echan, Afiq |
Kelas Rafflesia terima sijil..
Enjoy the show!