Friday, 21 December 2012
Saturday, 1 December 2012
TAHNIAH LAGI...
Salam semua,
Kali ni nak ucap Tahniah lagi..
Mula-mula nak ucap Tahniah pada Kak Ngah 'Alya Syafini ( fini-lyalife.blogspot.com).
'Alya berjaya dapat 4A 1B untuk UPSR tempohari.Banyakkan bersabar sebab 'Alya tak berjaya dapat 5A yang diidamkan.Syukur pada Allah sebab keputusan tu tetap membanggakan mama ,ayah, kak Long & adik2 .
'Alya akan bersekolah di Sek.Men. Taman Melati ( sekolah dengan Kak Long), dah puas mama & ayah pujuk nak mohonkan mana-mana asrama, tapi dia tak mau!
'Alya kata di tak mau pergi jauh-jauh, kalau habis SPM pun dia nak sambung belajar kat UIA sahaja sebab senang dekat dengan mama.Emm...duduk jelah bawah ketiak mama ni.
Mama tak kisah , janji belajar elok-elok.Kat mana pun kita, cuba pastikan kita yang terbaik.
Mama sentiasa doakan 'Alya yang sangat bercita-cita nak menjadi Wartawan yang professional!
![]() |
'Alya berdiri (yang tersengih lebar) & kawan kawanya |
Tahniah juga buat anak mama, Muhammad 'Aisy kerana selamat berkhatan Rabu lepas 28/11/2012
Majlis buat di Masjid UIAM, Gombak.
Pagi2 'Aisy dah siap, minta pakai baju Melayu raya.Nasib baik 'Aisy pakai lawa-lawa, rupanya ada acara berarak sebelum khatan.Siap bunga manggar, bunga telur lagi.Pulut kuning pun ada..., Acara yang paling seronok bila bomba datang jiruskan anak-anak yang nak berkhatan tu.Meriah betul budak-budak tu.
Alhamdulillah 'Aisy tak nangis masa khatan, tapi bila sampai rumah je dia nangis, ubat bius dah habis.Patutnya mama bagi ubat tahan sakit awal2 lagi.
Apa-apa pun semuanya O.K..
Subscribe to:
Comments (Atom)