Friday, 30 November 2012

Tahniah! Tahniah! Tahniah!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari ni mama nak ucapkan Tahniah kepada mereka-mereka dibawah! 

Tahniah 1

Tahniah kepada pengantin baru Icham & Ashraf , juga kepada Angah Fizah & Suami . Icham & Angah Fizah ialah anak buah sebelah ayah. 
Terima kasih pada Icham sebab percaya kepada mama untuk buatkan bouquet ( bunga pegang pengantin ) & kek hantaran ( gambar kat bawah.
Kami mendoakan semuga Icham& Ashraf, Angah Fizah & Suami  akan sentiasa diberkati dalam menghadapi kehidupan yang baru ini.Banyakkan bersabar bila ada dugaan yang mendatang...


Bunga pegang & kek yang dah siap



Kek 'in progress'





Tahniah 2


Tahniah kepada Angah Tati ( Ini anak buah sebelah mama) sempena majlis konvonya tempohari.Sekarang ni Tatiana Imrah ni jauh di Sabah, sambung belajar kat sana...

Mak su doakan angah Tati sentiasa dalam kasih sayang Allah didalam menghadapi kehidupan ini.Semoga akan berjaya dengan cemerlang didalam pelajaran!






Tahniah 3


Tahniah juga buat anak mama Muhammad 'Aisy sempena majlis graduation
nya .Tamat belajar kat IIUM educare , dari baby sampailah unur 6 tahun!Masa majlis ni 'Aisy buat persembahan Percussion sambil nyanyi.


Jom tengok gambar dia & video persembahan dia.


'Aisy & kawan
'Aisy
'Aisy, Adif,Echan, Afiq


                                   Kelas Rafflesia terima sijil..



                                           Enjoy the show!


                                

Saturday, 13 October 2012

Itu dan ini...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

  Hari ni mama kerja sabtu, kak long sekolah ganti.Mama dah siapkan sarapan & makanan tengahari untuk anak-anak yang tinggal .Mama keluar rumah dengan kak long macam biasa 7.05 am, sampai sekolah 7.10. Mama terus pergi ofis, sampai UIA, tak boleh pulak masuk library sebab hari Sabtu, pintu untuk staff boleh akses lepas pukul 8.00 a.m.Mama duduk kat luar library dengan akak-akak cleaner yang jugak menunggu ramai-ramai nak masuk kerja dalam library.
  Mama balik pukul 2.00 p.m terus ambik kak long dari sekolah sebab ayah terpaksa pergi ofis tengahari tadi.Kesian kaklong tunggu dari pukul 12.00p.m, hujan pulak tu....tak pe lah kak long, Sabar itu separuh daripada iman...
   Tiba-tiba petang ni, rasa nak update blog ni...(Alya pun sibuk suruh update...).Ok kali ni update dari bulan 8 ( August ) sampai hari ni...

08/2012

Jom cerita pasal raya hari tu ( hu..hu..dah dekat nak raya haji, baru nak cerita )
Kalau Hari Raya, yang seronok surelah anak-anak.Tiap-tiap tahun anak-anak mama mesti dapat hadiah dari Mama Ayu- kakak mama (memang dia orang sangat seronok...).Mama Ayu ni, kalau nak raya dia Shopping, mesti shoppingkan sekali untuk anak-anak mama.Macam-macam dia bagi baju raya, cantik-cantik pulak tu.Messsti dapat sorang 1 beg. Tahun ni, Kak Long, Kak Ngah dapat beg macam biasa, tapi Aisya & Aisy dapat beg special...bukan main seronok lagi budak kecik 2 orang tu.Dalam beg tu mestilah ada baju-baju rayakannnn...
Jom tengok gambar beg yang comel tu...

Beg yang diisi baju raya...

09/2012

  Lepas raya ni, kami sekeluarga tak banyak aktiviti sebab Kak Ngah 'Alya nak UPSR.
Mama sempat juga cuti temankan dia kat sekolah masa periksa aritu.


'Alya & best friend dia, Arissa beratur sblm exam

Bersama guru kelas Cikgu Yazid lepas habis exam...TERIMA KASIH CIKGU!

Last day exam...



    
    Habis UPSR kami pergi jenjalan .Mama tempek gambar kat bawah ni...bila nampak gambar ni pasti ada yang ingat kejadian yang tak dapat dilupakan masa tu oleh sorang budak kecik ....(tau tak sape...rahsia..)

Ada rahsia dengan kuda ini..., dimana? juga rahsiaaa...


10/2012

Baru-baru ni ( 5-8 / 10/ 2012) UIAM baru je adakan Konvo , best jugak..., Kami pergi hari Ahad sebab 'Aisy sibuk nak masuk "Kiddy Muslim Fashion Show".Dia pilih baju sendiri , Baju Melayu Johor...siap kena interview sebelum mula acara tu..macam-macam budak 'Aisy ni..
Sebelum acara, kami pergi booth PDRM, 'Aisy teruja betul tengok robot penyelamat bom & macam-macam pistol & senapang yang ada...

Jom tengok gambar 'Aisy yang macam-macam tu,video pun ada...

'Aisy sedang di'interview' - bukan main bergaya lagi!

Bear-bear A&W salam 'Aisy
Dapat hadiah...macam-macam ada...
Barisan model cilik...
Jom Chicken Dance!


 

                                          Antara dialog abang pengacara & 'Aisy :

                                          Abang :Siapa pilih baju ni?
                                          'Aisy   :Sendiri!

                                          Abang :Umur berapa tahun
                                          'Aisy   :6

                                          Abang :Suka warna apa
                                          'Aisy   :Meraah
                                          Abang :Suka warna merah, kenapa pakai baju purple?

                                          'Aisy  pun tersengih-sengih malu...     
                               
O.K stop dulu, mama nak pergi 'Bagus' nak beli bahan buat cup cake untuk tempahan esok...
Nanti kita share gambar cupcake tu ya...
   

Sunday, 8 July 2012

Bukan resepi, sekadar panduan...Puan Rohaya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Catatan hari ni bukan resepi yang siap dengan cara-cara menyediakan, sekadar panduan bahan2 shj.
Mama tulis ni agar nanti, anak-anak dapat buat panduan bahan2 yang digunakan oleh nenek dia orang dimasa-masa akan datang :

1.Kacang goreng bawang

    1 kati kacang
    2 biji telur
    11/2 senduk bawang merah ( blend ) - nenek kata, kalau nak banyak lagi pun tak pe...
    Garam
    Tepung ubi

Kacang ni memang favourite sekeluarga, kalau raya mesti nenek bekalkan kat cucu2 bawak balik...

2.Mee

   1 Kati tepung
   1 biji telur
   2 sudu tepung sagu
   2 sudu air kapur

Nenek memang buat sendiri bila nak masak mee, baru puas hati rasanya.

3.Puding Jagung

   1 cwn tpg Custard
    21/2 cwn air
   15 gm agar-agar
   Jagung (Cream) 1/2 tin 
   Gula 3/4 cawan
   susu cair 1/2 tin

Masak agar2 + 11/2 cwn air
Masuk gula + 1 cwn air
Dalam bekas lain : bancuh susu, custard,jagung
campurkan kesemua bahan.

Rasa puding ni memang sedaapppp....

4.Rendang daging

   2 kg Daging - potong kecil
   Santan dari 3 atau 4 biji kelapa.
   Bawang kecil - hiris
   Bawang putih - hiris
   Halia - hiris
   Lengkuas tumbuk halus
   Serai-titik
   Cili boh (nenek buat sendiri, tak pakai yang beli punya )
   Garam
   Gula 
   Asam keping
   Kerisik


 Cara-cara memasak tidak disediakan disini...fikirlah sendiri ya...

Rendang ni memang semua orang suka, bukan saja kami sekeluarga, keluarga2 orang lain yang tak bersaudara dengan kami pun puji sangat sedap...Mama dah try banyak kali, tapi tak serupa rasa macam nenek buat.Mama punya sekadar boleh makan, nenek punya sehingga menjilat jari...

5.Wajik

   2 kati pulut
   21/2 kati gula
   1/2 kati gula merah
   2- biji kelapa - jadikan 11/2 mangkuk santan

-Kukus pulut
  jirus air panas sambil2 kukus ( 3X )

-Masak gula + gula merah + santan sampai pekat
 masuk pulut yang dah dikukus.

Wajik ni lembut dan sangat sedap.

6.Bahulu

   2 cawan telur
   21/2 cawan Gula
  Pukul 2 bahan ini sampai putih
  Tambah tepung - ikut macam nak buat jemput2
  Kalau merekah tambah telur

  * 3 senduk telur = 11/2 senduk tepung

Bahulu ni sesedap rasa manis nya.

7.Kesirat

   1 kg pulut
   1/2 biji kelapa goreng ( kelapa kecil)
   Santan - 2 biji kelapa sedang 
    750gm gula putih
    250gm gula merah


8.Biskut Ceri


    6 oz gula
    6 oz marjerin
    6 biji telur ( kuning )
    Tepung


9.Biskut badam


   2 gelas gula
   2 gelas marjerin
   4 biji telur ( kuning ) 
   Badam bakar - tumbuk, jgn terlalu hancur
   lebih kurang 3 sudu makan tepung


10.Biskut cornflakes


  i) Boleh gunakan adunan biskut badam + 1 senduk marjerin , 1 senduk susu cair ( bancuh sebati, jgn   
         kental) + cornflakes diramas.

  ii)2 cwn mumbung marjerin
     2 senduk susu
     2 gelas gula
     4 biji telur ( kuning )
     Cornflakes.


Biskut-biskut raya nenek dia orang ni  ni memang class..., rangup dan sedap.

Post ini kemungkinan akan sentiasa diupdate dengan resepi lain.





     




Saturday, 7 July 2012

SINGAPURA OH...SINGAPORE !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Singapore?
Ya...Singapore, macam yang mama dah bagitau pada post sebelum ni, mama nak gi Singapore kan!
Mama pergi tinggalkan ayah & anak2, naik bas ikut program ofis, pergi visit tempat orang macam mana rupanya.
  Kali ni mama pergi naik bas duduk sebelah kawan mama, nama dia Fazila Ahmad.Siapa Fazila ni?
Eh! nak cerita pasal Singapore ke, pasal Fazila ni?Mula2 cerita pasal Fazila ( Ummi Fazila ).
Fazila ni kawan baik mama masa bujang2 dulu, slalu gi shopping, kat ofis, kehulu kehilir memang dengan dia.Masa dia kawin pun mama yang jadi pengapit & penyibuk, dari bertunang, malam berinai sampai hari majlisnya, mama yang sibuk ( sibuk ambik gambar ), kalah pengantin.Lepas dia kawin, tak delah serapat masa bujang, pas tu mama pulak kawin dengan ayah, lagilah masing2 dengan hal sendiri.
Masa awal masuk kerja, mama 1 ofis dengan Ummi Fazila, itu yang berdua kehulu kehilir.lama-lama kami dah tukar-tukar dept., maka kami membawalah haluan masing2 dengan berbagai-bagai memori yang tak dapat dilupakan, esp. yang kelakar2...
  O.K, Sekarang sambung cerita pasal Singapore, Kami bertolak ( 3 bas ) hari Khamis pukul 12.00 a.m ( kira dah Jumaatlah kan!), Subuh hari sampai di Gelang Patah, Solat & bersiap tunggu bas persiaran datang untuk bawa kami masuk Singapore.Keluar dari Immegresen S'pore kami terus bertolak ke NTU ( Nanyang Technological University ), kami pergi melawat Library kat sana.Disebabkan bas kami lewat , kami diberi refreshment dulu...banyak pulak makanan yang dihidangkan ( TQVM to NTU Library ).Ada Mee hoon warna oren tau, ada ayam goreng, blueberry muffin, swiss roll yang bersaiz comel, karipap etc..Dah kenyang baru kami pergi jalan visit Library NTU.Habis di NTU, kami check-in dihotel lepas tu sambung gi city tour.
Singgah tengok baby Merlion, sebab Merlion yang besar tu tengah dicat baru & singgah jugak untuk beli serba sikit souvenir.

 Mama & Ummi jalan2 kat Singapore esp. kat Universal Studio hari tu berdua-dua shj. Tak leh nak ikut kawan-kawan lain sebab kami masuk USS dengan tujuan nak ambik2 gambar & beli Souvenir untuk anak2.Kami pun tak berminat sangat naik roller coaster etc...,biarlah orang kata rugi tak naik sebab dah masuk USS, tapi pada kami O.K2 je.
 Keluar dari USS pukul 5.00 p.m terus bertolak balik ke JB, Check in hotel, makan &  rehat...( malam tu pergi jugak ke Pasar Karat kat sebelah hotel...sampai sesat nak balik, bila tanya orang, hotel kami kat depan mata je!he...he...he...
 Esok, pagi-pagi kami bertolak balik ke Gombak, On the way, kami singgah dulu di JPO( Johor Premium Outlet).Emmm...nak Shopping tapi duit tak cukup, dapatlah jugak kasut ( Maggie Flat Shoes) kat Cotton On sebab kaki dah melecet sebab terlebih jalan masa kat USS.Masuk kedai coklat, beli coklat lagi (Kat S'pore pun dah beli jugak.).Habis ronda di JPO kami pun bertolak balik pukul 1.00 p.m.
 Macam-macam perasaan pahit-manis kami rasa dalam 3 hari ni.
 Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik dan sentiasa dibawah rahmat & perlindunganNYA sepanjang perjalanan ini...
Tahun depan pergi mana pulak ya? 

Jom tengok gambar2 kami...

                                                       let the photos tell the story




Baby Merlion

Ummi nak muka dia kat dalam huruf 'O' tu jugak...

"MERLION ON A HOLIDAY"- MERLION yang besar tu sedang dicat baru...

Mama & Ummi teruja tengok aiskrim ni...



Ummi sangat suka kat bangunan yang macam kapal tu...





Ummi dapat bawak balik 1 Betty Boop akhirnya...


Kereta Bumble-Bee Transformers...sorry Aisy, tak boleh bawak balik!



Mummy Return...


Rasa macam seram jugak gambar dgn 2 org kat blkg tu...

Ummi jadi anak dinosour baru menetas...jenis apa ya, Ummisaurus lah kot!( Jgn marah ya ummi)





Donkey tu mcm menjerit sronok dapat ambik gambar dgn Ummi...


Mama suka warna-warni kat Madagascar  ni...

Tengoklah kami, Kalah kanak-kanak syok bergambar...

Sempat jugak tengok Sesame Street buat Show.



Bergambar kat tempat orang lain tak berapa nak pergi.


Ha..ha..Mama suruh Ummi diri tengah jalan, rupanya dia diri betul2 lurus atas garis kuning tu...


Chocolate & Candy - Yummmyyy...


Tuesday, 26 June 2012

Sibuk Selalu...



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sibuk...Sibuk...dan Sibuk...,
 Tak sempat nak update blog selalu, sibuk selalu...dengan anak-anak...dan tempahan2
 So, kumpul semua dalam 1 cerita...

Mei 2012

12hb Mei, Hari Usahawan Sek. Keb. Taman Melati, Setapak.
 macam tahun-tahun lepas, Ayah, mama & anak2 tak melepaskan peluang untuk membantu sekolah mengumpul duit dengan menyertai pameran kucing.Kali ni bayaran masuk ke bilik pameran RM2.00.Tahun ni seperti selalu kami bawa 2 kandang kucing ( 1 besar - ada 4 ekor kucing : Ching Chong, Lyssa, Marmalade, Dezzy & 1 sedang ada 4 ekor baby kucing : Tabby, Yu-chee, Pikachu (Wisnu) ,Domocoon.)
  Tapi...tahun ni kami tak bawa 2 ekor peserta tetap iaitu Bear dan Tom. Bear baru nak pulih lepas kena langgar kat tepi rumah tapi yang sedih sangat Tom pulak mati kena langgar depan rumah,yang pastinya ayah & kak long Aina paling sedih sebab Tom tu kucing kak long.Ayah pulak mengadap si Tom kena langgar sampai dia hembus nafas terakhir.Semua orang pun nangis, mama pun  dah nak nangis lagi ni masa tulis ni.
  Yang tetap menggembirakan kami ialah setiap tahun kucing kami menang ,kalau tahun-tahun lepas TOM lah yang sentiasa menang, Tahun ni Marmalade (Anak si Bear = anak buah TOM ) pulak menang. Dapat hadiah hamper & tiba-tiba si Alya pulak dapat cabutan bertuah, dapat hamper lagi.Nampaknya yang bertuah tuan-tuan kucing sebab dapat hamper makanan .Balik rumah anak anak buka hamper terus makan.


TOM & BEAR
           19hb.Mei IIUM educare pulak sukan. Aisy masuk turtle walk ( macam jalan atas tempurung masa zaman dolu-dolu tapi sekarang dah canggih, tak pakai tempurung) untuk 6 years punya acara.Tahun ni Aisy tak menang sebab tertanggal sebelah kaki dia dari tali. Mama tak kisah, janji Aisy ada semangat kesukanan.Mama tau waktu berlatih slalu Aisy yang menang.Tapi angah & along tak dapat datang untuk sokong Aisy waktu tu sebab masing masing sibuk dengan kelas dan silat.

Dan macam-macam lagi cerita yang tak tercerita.....

June 2012

Anak-anak cuti sekolah, tapi macam tak cuti je...Alya kelas tambahan & kak long tetap kena pergi duty kat Library sekolah hari Selasa & ada latihan silat. Aisy pulak sibuk nak cuti bila kakak2 semua cuti.
  Start June juga Alya sibuk berlatih kawad kaki, sekolah S.K Taman Melati masuk pertandingan wakil Zon.Pertandingan akan diadakan pada 10/7/2012...kita tungguuu..., mama rasa macam nak pergi tengok pulak nanti, Tapi kena ambik cutilah....

16 June 2012
SMK Taman Melati, Setapak ( Sekolah Kak Long)  Sukan - biasalah Kak Long mesti masuk perbarisan & tukang sorak rumah panglima.
Seronok Aisya & Aisy tengok sukan sebab ada maskot angry bird & purple Hippo.Tapi tak ambik gambar pun...
TAHNIAH! Rumah Panglima Johan tahun ni...( mama, Aisya & Aisy pun duduk sekali kat rumah panglima untuk sorak!)
Yang paling happy ialah Aisy sebab dapat jumpa Cikgu Jabir ( Cikgu Kak Long ) .Tak tau kenapa Aisy suka sangat sebut nama Cikgu Jabir kat rumah. Selalu Suruh Kak long kirim salam kat Cikgu Jabir lah & yang bestnya masa birthday Aisy April lepas, Cikgu Jabir bagi Aisy hadiah Coklat. Kembang kempis hidung si Aisy masa tu...

22-24 June 2012

Mama akan ke Singapore ( Working visit ), jangan nakal-nakal tinggal rumah dengan ayah...
 Bye....Bye...