Thursday, 14 February 2013

Port Dickson & balik kampung

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

   Apa cerita hari ni?
Baru habis bercuti pada tahun baru cina lepas?
Kami sekeluarga balik kampung hari Sabtu, singgah Port Dickson sebab dah lama sangat tak bawak anak-anak mandi laut...teringat masa dulu-dulu, masa kecik-kecik, kalau petang-petang arwah ayah mama selalu bawak pergi mandi laut di Port Dickson, bila on dway balik arwah ayah mama akan pasang catridge dalam kereta lagu Dahlan Zainuddin...apa lagi...lentoklah dalam kereta.


Jom tengok gambar yang diambil oleh Camera girl "Kak Long Aina"


Gambar Laut..
Jom berkelah!

Ayah pun lepaskan kemaruk berenang dia...nasib baik tak sampai 'seberang'


Acha & Angah...buat apaaa..lah tu!





Bukan main berani sibudak 'Aisy ni!


Father & son

Acha main ombakk...



budak-budak kecik yang seronok!


 
Eh! siapa ni?Ini kembar yang kita orang jumpa & berborak.Comel sangat dua beradik ni.
Monyet sangat 'ramai' on d way balik rumah nenek diLinggi




Tu jelah pasal PD. Balik KL hari Ahad bawa nenek sekali sebab nak tengok  tangan  Angah Tati yang kena nyumm..nyumm dengan Lassie, siKucing gemuk gedempol mama ayu!

Bye!

Thursday, 7 February 2013

Pucuk ubi dan pesta buku

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam,

  Hari ni Jumaat, mama kerja petang.Pagi ni hujan, gelap gelita hantar anak-anak pergi sekolah, mata mama dah lah tak berapa nak power, cermin mata pulak dah patah tangkai, adui hai...bukan main silau masa bawak kereta.
 Hari ni semua orang macam sibuk je, ayah sibuk nak pergi sekolah menengah along, angah untuk tolong2 prepare pasang2 slidelah, pasang kabel lah, ada majlis sambutan Maulidur Rasul, tapi yang paling sibuk mestilah mama...lepas hantar anak-anak sekolah, sampai rumah nak gosok baju Melayu ayah cepat2, nak masak spaghetti untuk orang tempah-tak banyak, tapi kalau buatkan orang, anak-anak pun kena buat kan jugak...maka banyaklah jadinya...habis masak spaghetti, nak sediakan makan t/hari pulak untuk anak-anak balik sekolah , kemas rumah, lepas tu nak pergi kerja pulak.Tak pelah,
itulah tugas mak-mak orang.Sentiasa sibuk dan mesti ikhlas bila buat semua benda.
   O.k, O.k, O.K...sebenarnya nak cerita pasal hujung minggu lepas.Anak2 semua sibuk nak pergi Pesta Buku 1Malaysia.Pergilah jugak hari sabtu, lepas adik-adik balik kelas agama pagi tu, tak sempat tukar baju, memang best tapi yang tak bestnya bukan anak yang hilang...ayah yang hilang..puas cari yang kami jumpa ialah pelakon cerita "sampai hujung nyawa" si Hadi tu!tengah buat promosi.Last, last jumpa ayah tunggu kat luar sebab dia pun dah kehilangan anak isteri! Mama pesan kat anak-anak, pilih buku jangan gelojoh sebab Pesta buku akan ada lagi bulan April, kalau tak silap. Mesti nak pergi jugak, mama kena budget baik-baik wallet mama ! 
 
Kak Long & Alya sedang sibuk pilih novel...

Muka merajuk  'Aisy sebab buku dia tak beli lagi...


Seperti biasa di 'Ain Maisarah, alya nak beli Mr. Right selebriti, nak jumpa Kak Ain, dia tak larat nak beratur...Nasib baik Kak Ain dah siap-siap sign buku yang dia beli!







 Gambar kat bawh ni tak ada kena mengena denagn pesta buku kat atas tu...



  Ini ialah pucuk ubi bunga yang mama ayah tanam depan rumah diatas tanah sekangkang kera, dah 2 kali dapat makan pucuk ubi ni.Suka sangat sebab daunnya cantik, kerinting-kerinting tak macam pucuk ubi biasa...masak lemak cili api, sedap sekali...



Hasil tuaian
Daun Kesum & pandan, pokok mint tanam dalam pasu tak sempat ambik gambar.
Y
Kebun sekangkang kera, tapi macam-macam ada (Oregano, ubi, selasih, ulam raja, pandan, daun kesum)



Sekarang ni, ayah paling seronok  cucuk tanam, hari tu siap beli pokok strawberry , tapi tak mau pulak hidup, panas sangat kat rumah ni...

O.k stop dulu, nak sambung masak!

Thursday, 31 January 2013

Makanan kegemaran...


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ                                                                               
  Salam buat anak-anak mama!,
 Apakah makanan kegemaran anak2 mama?

1.Mushroom soup - semua orang suka

2.Makaroni bakar - semua orang suka 
3.Roti cheese - semua orang suka
4.Spaghetti Carbonara - semua orang suka
5.Ayam goreng - Aisya & Aisy
6.Sambal telur - Alya, Aisya
7.Daging kambing - Aina
 8.Kuih muih manis - Aisy

Dannn....banyak lagi !

Kalau cuti penggal sekolah, mama kena siapkan makanan untuk pagi sampai petang sebelum mama pergi keja...anak-anak mama memang kuat & suka makan...betul tak!Kalau ayah pulak makan apa saja kecuali NASI. Emm...macam-macam perangai!

Minggu lepas mama buat makaroni bakar. Ada orang tempah nak makaroni tu, mama kena buatkan juga untuk anak-anak. Banyak mama buat, bawa ofis 13 bekas & untuk anak-anak mama buatkan 1 tray besar..., Alhamdullillah semua habis!  

 
  


RM 7.50 - Harga patut!

                                                                                   
O.k, lain kali cerita lagi...sebab lapr pulak nampak makaroni ni!     

Sunday, 27 January 2013

Strawberry Park Genting

Salam semua,

Nak update apa kami buat hari ni...,
Dah lama 'Aisya sibuk nak pergi Strawberry Park, nak gi Cameron tak sempat je...so kami plan pergi Strawberry park yang kat Goh Tong Jaya je ( dekat dengan Sri Malaysia ).
Pukul 9.30 kami bertolak, jalan penuh kabus...semua seronok sebab nyaman sangat perjalanan...Jom tengok gambar, tak payah bebel panjang-panjang...
  Alhamdulillah anak-anak semua seronok, nak-nak bila time petik buah , makan & beli souvenir!



Berkabus perjalanan

Sampai sudah!

Jangan sampai tercabut sudah Kak Long!

Depan Fountain

Map dalam farm...

Pintu masuk, Masuk free, tak yah bayar!

Strawberry farm bertema Chinese New Year.



Petik buah

Sampai dah hajat 'Aisya nak petik Strawberi



Kanak-kanaklah yang paling seronok...

Dalam kabus cari Strawberi...nampak tak ada pekerja ladang kat belakang tu, siap bukak lagu Hindustan sekuat2 nya kat h/phone dia.Dah jadi macam cerita Hindustan pulak kami ni...

'Aisya dan hasil yang dipetik ( 100 gm = RM8.00)



Angah si Purple


'Aisya si pink
Si 'Aisy yang sibuk juga nak gambar kat bunga

Alya sangat teruja sebab kedai kat levender farm warna purple & toys semua purple!

Di Cafe, tunggu makanan sambil makan strawberi yang dipetik.

Strawberry shake, Strawberry choc., Strawberry Coffee, Strawberry Milk Tea.

Payung strawberry

Key chains



Bantal yang soft!

dalam kedai souvenir

cumil...cumil..cumilllll



Selipar strawberry ( kat stall luar  souvenir shoppe)

Markisa




Mama sibuk pilih sayur, budak2 kenit ni sibuk bergurau!

Cendawan


Dikebun sayur

cactus...

Kak Long yang suka sangat kat bunga jurai2 ni.

Saturday, 1 December 2012

TAHNIAH LAGI...



Salam semua,

Kali ni nak ucap Tahniah lagi..

Mula-mula nak ucap Tahniah pada Kak Ngah 'Alya Syafini ( fini-lyalife.blogspot.com).
'Alya berjaya dapat 4A 1B untuk UPSR tempohari.Banyakkan bersabar sebab 'Alya tak berjaya dapat 5A yang diidamkan.Syukur pada Allah sebab keputusan tu tetap membanggakan mama ,ayah, kak Long & adik2 .
'Alya akan bersekolah di Sek.Men. Taman Melati ( sekolah dengan Kak Long), dah puas mama & ayah pujuk nak mohonkan mana-mana asrama, tapi dia tak mau!
'Alya kata di tak mau pergi jauh-jauh, kalau habis SPM pun dia nak sambung belajar kat UIA sahaja sebab senang dekat dengan mama.Emm...duduk jelah bawah ketiak mama ni.
Mama tak kisah , janji belajar elok-elok.Kat mana pun kita, cuba pastikan kita yang terbaik.
Mama sentiasa doakan 'Alya yang sangat bercita-cita nak menjadi Wartawan yang professional! 

'Alya berdiri (yang tersengih lebar) & kawan kawanya


Tahniah juga buat anak mama, Muhammad 'Aisy kerana selamat berkhatan Rabu lepas 28/11/2012

Majlis buat di Masjid UIAM, Gombak.
Pagi2 'Aisy dah siap, minta pakai baju Melayu raya.Nasib baik 'Aisy pakai lawa-lawa, rupanya ada acara berarak sebelum khatan.Siap bunga manggar, bunga telur lagi.Pulut kuning pun ada..., Acara yang paling seronok bila bomba datang jiruskan anak-anak yang nak berkhatan tu.Meriah betul budak-budak tu.
Alhamdulillah 'Aisy tak nangis masa khatan, tapi bila sampai rumah je dia nangis, ubat bius dah habis.Patutnya mama bagi ubat tahan sakit awal2 lagi.
Apa-apa pun semuanya O.K..