بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Catatan hari ni bukan resepi yang siap dengan cara-cara menyediakan, sekadar panduan bahan2 shj.
Mama tulis ni agar nanti, anak-anak dapat buat panduan bahan2 yang digunakan oleh nenek dia orang dimasa-masa akan datang :
1.Kacang goreng bawang
1 kati kacang
2 biji telur
11/2 senduk bawang merah ( blend ) - nenek kata, kalau nak banyak lagi pun tak pe...
Garam
Tepung ubi
Kacang ni memang favourite sekeluarga, kalau raya mesti nenek bekalkan kat cucu2 bawak balik...
2.Mee
1 Kati tepung
1 biji telur
2 sudu tepung sagu
2 sudu air kapur
Nenek memang buat sendiri bila nak masak mee, baru puas hati rasanya.
3.Puding Jagung
1 cwn tpg Custard
21/2 cwn air
15 gm agar-agar
Jagung (Cream) 1/2 tin
Gula 3/4 cawan
susu cair 1/2 tin
Masak agar2 + 11/2 cwn air
Masuk gula + 1 cwn air
Dalam bekas lain : bancuh susu, custard,jagung
campurkan kesemua bahan.
Rasa puding ni memang sedaapppp....
4.Rendang daging
2 kg Daging - potong kecil
Santan dari 3 atau 4 biji kelapa.
Bawang kecil - hiris
Bawang putih - hiris
Halia - hiris
Lengkuas tumbuk halus
Serai-titik
Cili boh (nenek buat sendiri, tak pakai yang beli punya )
Garam
Gula
Asam keping
Kerisik
Cara-cara memasak tidak disediakan disini...fikirlah sendiri ya...
Rendang ni memang semua orang suka, bukan saja kami sekeluarga, keluarga2 orang lain yang tak bersaudara dengan kami pun puji sangat sedap...Mama dah try banyak kali, tapi tak serupa rasa macam nenek buat.Mama punya sekadar boleh makan, nenek punya sehingga menjilat jari...
5.Wajik
2 kati pulut
21/2 kati gula
1/2 kati gula merah
2- biji kelapa - jadikan 11/2 mangkuk santan
-Kukus pulut
jirus air panas sambil2 kukus ( 3X )
-Masak gula + gula merah + santan sampai pekat
masuk pulut yang dah dikukus.
Wajik ni lembut dan sangat sedap.
6.Bahulu
2 cawan telur
21/2 cawan Gula
Pukul 2 bahan ini sampai putih
Tambah tepung - ikut macam nak buat jemput2
Kalau merekah tambah telur
* 3 senduk telur = 11/2 senduk tepung
Bahulu ni sesedap rasa manis nya.
7.Kesirat
1 kg pulut
1/2 biji kelapa goreng ( kelapa kecil)
Santan - 2 biji kelapa sedang
750gm gula putih
250gm gula merah
8.Biskut Ceri
6 oz gula
6 oz marjerin
6 biji telur ( kuning )
Tepung
9.Biskut badam
2 gelas gula
2 gelas marjerin
4 biji telur ( kuning )
Badam bakar - tumbuk, jgn terlalu hancur
lebih kurang 3 sudu makan tepung
10.Biskut cornflakes
i) Boleh gunakan adunan biskut badam + 1 senduk marjerin , 1 senduk susu cair ( bancuh sebati, jgn
kental) + cornflakes diramas.
ii)2 cwn mumbung marjerin
2 senduk susu
2 gelas gula
4 biji telur ( kuning )
Cornflakes.
Biskut-biskut raya nenek dia orang ni ni memang class..., rangup dan sedap.
Post ini kemungkinan akan sentiasa diupdate dengan resepi lain.
Sunday, 8 July 2012
Saturday, 7 July 2012
SINGAPURA OH...SINGAPORE !
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Singapore?
Ya...Singapore, macam yang mama dah bagitau pada post sebelum ni, mama nak gi Singapore kan!
Mama pergi tinggalkan ayah & anak2, naik bas ikut program ofis, pergi visit tempat orang macam mana rupanya.
Kali ni mama pergi naik bas duduk sebelah kawan mama, nama dia Fazila Ahmad.Siapa Fazila ni?
Eh! nak cerita pasal Singapore ke, pasal Fazila ni?Mula2 cerita pasal Fazila ( Ummi Fazila ).
Fazila ni kawan baik mama masa bujang2 dulu, slalu gi shopping, kat ofis, kehulu kehilir memang dengan dia.Masa dia kawin pun mama yang jadi pengapit & penyibuk, dari bertunang, malam berinai sampai hari majlisnya, mama yang sibuk ( sibuk ambik gambar ), kalah pengantin.Lepas dia kawin, tak delah serapat masa bujang, pas tu mama pulak kawin dengan ayah, lagilah masing2 dengan hal sendiri.
Masa awal masuk kerja, mama 1 ofis dengan Ummi Fazila, itu yang berdua kehulu kehilir.lama-lama kami dah tukar-tukar dept., maka kami membawalah haluan masing2 dengan berbagai-bagai memori yang tak dapat dilupakan, esp. yang kelakar2...
O.K, Sekarang sambung cerita pasal Singapore, Kami bertolak ( 3 bas ) hari Khamis pukul 12.00 a.m ( kira dah Jumaatlah kan!), Subuh hari sampai di Gelang Patah, Solat & bersiap tunggu bas persiaran datang untuk bawa kami masuk Singapore.Keluar dari Immegresen S'pore kami terus bertolak ke NTU ( Nanyang Technological University ), kami pergi melawat Library kat sana.Disebabkan bas kami lewat , kami diberi refreshment dulu...banyak pulak makanan yang dihidangkan ( TQVM to NTU Library ).Ada Mee hoon warna oren tau, ada ayam goreng, blueberry muffin, swiss roll yang bersaiz comel, karipap etc..Dah kenyang baru kami pergi jalan visit Library NTU.Habis di NTU, kami check-in dihotel lepas tu sambung gi city tour.
Singgah tengok baby Merlion, sebab Merlion yang besar tu tengah dicat baru & singgah jugak untuk beli serba sikit souvenir.
Mama & Ummi jalan2 kat Singapore esp. kat Universal Studio hari tu berdua-dua shj. Tak leh nak ikut kawan-kawan lain sebab kami masuk USS dengan tujuan nak ambik2 gambar & beli Souvenir untuk anak2.Kami pun tak berminat sangat naik roller coaster etc...,biarlah orang kata rugi tak naik sebab dah masuk USS, tapi pada kami O.K2 je.
Keluar dari USS pukul 5.00 p.m terus bertolak balik ke JB, Check in hotel, makan & rehat...( malam tu pergi jugak ke Pasar Karat kat sebelah hotel...sampai sesat nak balik, bila tanya orang, hotel kami kat depan mata je!he...he...he...
Esok, pagi-pagi kami bertolak balik ke Gombak, On the way, kami singgah dulu di JPO( Johor Premium Outlet).Emmm...nak Shopping tapi duit tak cukup, dapatlah jugak kasut ( Maggie Flat Shoes) kat Cotton On sebab kaki dah melecet sebab terlebih jalan masa kat USS.Masuk kedai coklat, beli coklat lagi (Kat S'pore pun dah beli jugak.).Habis ronda di JPO kami pun bertolak balik pukul 1.00 p.m.
Macam-macam perasaan pahit-manis kami rasa dalam 3 hari ni.
Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik dan sentiasa dibawah rahmat & perlindunganNYA sepanjang perjalanan ini...
Tahun depan pergi mana pulak ya?
Jom tengok gambar2 kami...
let the photos tell the story

| Baby Merlion |
| Ummi nak muka dia kat dalam huruf 'O' tu jugak... |
| "MERLION ON A HOLIDAY"- MERLION yang besar tu sedang dicat baru... |
| Mama & Ummi teruja tengok aiskrim ni... |
| Ummi sangat suka kat bangunan yang macam kapal tu... |
| Ummi dapat bawak balik 1 Betty Boop akhirnya... |
| Kereta Bumble-Bee Transformers...sorry Aisy, tak boleh bawak balik! |
| Mummy Return... |
| Rasa macam seram jugak gambar dgn 2 org kat blkg tu... |
| Ummi jadi anak dinosour baru menetas...jenis apa ya, Ummisaurus lah kot!( Jgn marah ya ummi) |
| Donkey tu mcm menjerit sronok dapat ambik gambar dgn Ummi... |
| Mama suka warna-warni kat Madagascar ni... |
| Tengoklah kami, Kalah kanak-kanak syok bergambar... |
| Sempat jugak tengok Sesame Street buat Show. |
| Bergambar kat tempat orang lain tak berapa nak pergi. |
| Ha..ha..Mama suruh Ummi diri tengah jalan, rupanya dia diri betul2 lurus atas garis kuning tu... |
![]() |
| Chocolate & Candy - Yummmyyy... |
Tuesday, 26 June 2012
Sibuk Selalu...
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Sibuk...Sibuk...dan Sibuk...,
Tak sempat nak update blog selalu, sibuk selalu...dengan anak-anak...dan tempahan2
So, kumpul semua dalam 1 cerita...
Mei 2012
12hb Mei, Hari Usahawan Sek. Keb. Taman Melati, Setapak.
macam tahun-tahun lepas, Ayah, mama & anak2 tak melepaskan peluang untuk membantu sekolah mengumpul duit dengan menyertai pameran kucing.Kali ni bayaran masuk ke bilik pameran RM2.00.Tahun ni seperti selalu kami bawa 2 kandang kucing ( 1 besar - ada 4 ekor kucing : Ching Chong, Lyssa, Marmalade, Dezzy & 1 sedang ada 4 ekor baby kucing : Tabby, Yu-chee, Pikachu (Wisnu) ,Domocoon.)
Tapi...tahun ni kami tak bawa 2 ekor peserta tetap iaitu Bear dan Tom. Bear baru nak pulih lepas kena langgar kat tepi rumah tapi yang sedih sangat Tom pulak mati kena langgar depan rumah,yang pastinya ayah & kak long Aina paling sedih sebab Tom tu kucing kak long.Ayah pulak mengadap si Tom kena langgar sampai dia hembus nafas terakhir.Semua orang pun nangis, mama pun dah nak nangis lagi ni masa tulis ni.
Yang tetap menggembirakan kami ialah setiap tahun kucing kami menang ,kalau tahun-tahun lepas TOM lah yang sentiasa menang, Tahun ni Marmalade (Anak si Bear = anak buah TOM ) pulak menang. Dapat hadiah hamper & tiba-tiba si Alya pulak dapat cabutan bertuah, dapat hamper lagi.Nampaknya yang bertuah tuan-tuan kucing sebab dapat hamper makanan .Balik rumah anak anak buka hamper terus makan.
![]() |
| TOM & BEAR |
Dan macam-macam lagi cerita yang tak tercerita.....
June 2012
Anak-anak cuti sekolah, tapi macam tak cuti je...Alya kelas tambahan & kak long tetap kena pergi duty kat Library sekolah hari Selasa & ada latihan silat. Aisy pulak sibuk nak cuti bila kakak2 semua cuti.
Start June juga Alya sibuk berlatih kawad kaki, sekolah S.K Taman Melati masuk pertandingan wakil Zon.Pertandingan akan diadakan pada 10/7/2012...kita tungguuu..., mama rasa macam nak pergi tengok pulak nanti, Tapi kena ambik cutilah....
16 June 2012
SMK Taman Melati, Setapak ( Sekolah Kak Long) Sukan - biasalah Kak Long mesti masuk perbarisan & tukang sorak rumah panglima.
Seronok Aisya & Aisy tengok sukan sebab ada maskot angry bird & purple Hippo.Tapi tak ambik gambar pun...
TAHNIAH! Rumah Panglima Johan tahun ni...( mama, Aisya & Aisy pun duduk sekali kat rumah panglima untuk sorak!)
Yang paling happy ialah Aisy sebab dapat jumpa Cikgu Jabir ( Cikgu Kak Long ) .Tak tau kenapa Aisy suka sangat sebut nama Cikgu Jabir kat rumah. Selalu Suruh Kak long kirim salam kat Cikgu Jabir lah & yang bestnya masa birthday Aisy April lepas, Cikgu Jabir bagi Aisy hadiah Coklat. Kembang kempis hidung si Aisy masa tu...
22-24 June 2012
Mama akan ke Singapore ( Working visit ), jangan nakal-nakal tinggal rumah dengan ayah...
Bye....Bye...
Saturday, 5 May 2012
Bermulanya disini...& puding karamel
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Sebenarnya mama dah janji dengan anak-anak yang akan start posting 27 April 2012 yang lepas, tapi tak sempat.Tarikh tu sempena Anniversary Ayah & Mama ( 15 thn.), dan juga birthday Kak Long Aina ( 14 thn.). Kami sangat bersyukur Kepada Allah kerana telah menghadiah kami dengan seorang baby girl yang gebu on our 1st Anniversary ( gebu sehingga sekarang...he...he...he..., jgn marah Kak Long!)
So, On the 27th April yang lepas Ayah & mama ambik cuti sebab dah janji nak bawa anak-anak pergi Book Fair kat PWTC ( Alya was the one yang excited tersangat sebab nak jumpa novelis Ain Maisarah and her Gang kat kedai Pink Ain Maisarah tu).The day was Friday, habis ayah Solat Jumaat, semua orang dah siap sedia nak pegi,tapi ayah saja je download something kat PC dia.Anak-anak dah tak senang duduk, semua tunggu kat luar rumah, tak boleh nak sabar lagi dah...Jom tengok gambar...
It was a great day, Malamnya pulak kami sekeluarga pergi ke food stall kat dalam Wardieburn Kem, Setapak, pergi ambil satay yang mama tempah dari office mate, Ramziah Hani ( Tokey satay ni...).Masa tunggu satay ,Ram belanja otak-otak ( anak-anak suka sebab tak berapa nak pedas).
Dari Wardieburn terus pergi rumah MamaAyu ( satu-satunya kakak mama), nak ziarah MamaAyu yang tak berapa sihat, sampai sana MamaAyu dah siap belikan Kak Long kek Indulgence Secret Recipe!
To MamaAyu : The Cake was very delicious...Terima kasih ingat birthdate kak long ! - Luv u, Kak Long
Alhamdulillah, Kami sekeluarga bersyukur diatas segala nikmat yang diberikan Allah!
RESEPI KAMI
Puding Karamel
Resepi copy & paste dari Alia@myresipi.com ( Terima kasih untuk resepi yang sedap ni)

Resepi ni memang sentiasa mama guna bila nak buat karamel, even untuk tempahan pun guna resepi ni.Dah pernah cuba kukus & bakar ( tapi guna air dalam dulang, tak cuba lagi bakar tanpa air as suggested dalam resepi)
Siapa-siapa yang rajin bolehlah cuba, sapa tak berapa nak rajin jom oder kat mama.

| Alya & Kak Ain Maisarah kesayangannya... |
![]() |
| Alya & gadis Bintang, one of her favourite character |
![]() |
| Sekeluarga & Ain Maisarah |
It was a great day, Malamnya pulak kami sekeluarga pergi ke food stall kat dalam Wardieburn Kem, Setapak, pergi ambil satay yang mama tempah dari office mate, Ramziah Hani ( Tokey satay ni...).Masa tunggu satay ,Ram belanja otak-otak ( anak-anak suka sebab tak berapa nak pedas).
Dari Wardieburn terus pergi rumah MamaAyu ( satu-satunya kakak mama), nak ziarah MamaAyu yang tak berapa sihat, sampai sana MamaAyu dah siap belikan Kak Long kek Indulgence Secret Recipe!
To MamaAyu : The Cake was very delicious...Terima kasih ingat birthdate kak long ! - Luv u, Kak Long
Alhamdulillah, Kami sekeluarga bersyukur diatas segala nikmat yang diberikan Allah!
RESEPI KAMI
Puding Karamel
Resepi copy & paste dari Alia@myresipi.com ( Terima kasih untuk resepi yang sedap ni)
Resepi ni memang sentiasa mama guna bila nak buat karamel, even untuk tempahan pun guna resepi ni.Dah pernah cuba kukus & bakar ( tapi guna air dalam dulang, tak cuba lagi bakar tanpa air as suggested dalam resepi)
Siapa-siapa yang rajin bolehlah cuba, sapa tak berapa nak rajin jom oder kat mama.
Bahan-bahan
- 400cc(400ml) susu segar/susu cair
- 5 sudu besar gula halus
- 3 biji telur- pada suhu bilik
- 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
- 2-3 titik esen vanila
- [ KARaMEL ]
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
Cara-cara
- Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
- Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
- Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
- Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
- Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
- Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
- Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
Subscribe to:
Posts (Atom)