Friday, 31 January 2014

Happy Birthday Kak Ngah!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Post ni terlewat tulis...
Birthday Kak Ngah Alya adalah b'day penutup tahun sebab b'day dia 28/12/2014 yang lepas...
Masa Kak ngah belum lahir dulu, doktor kata dia  akan lahir 15 Januari, tapi dia dah tak sabar-sabar nak keluar sebab hari tu hari raya agaknya! Allah dah tentukan Alya lahir 28/12/2000 bersamaan 2 Syawal.

Hari ni Kak Ngah 'Alya Syafini dah 13 tahun...sangat rajin baca novel dan dia jugak ada tulis cerpen/novel dia sendiri tapi tak bagi mama baca.Mama harap Kak Ngah teruskan menulis & mama boleh tolong hantar pada mana2 publisher yang boleh publishkan cerita Kak Ngah...O.K tak?



Ini adalah makanan kegemaran Kak Ngah sempena b'day dia !





SELAMAT HARIJADI KAK NGAH DARI KAMI..
MOGA SENTIASA DIBERKATI ALLAH.

.Mama, Ayah, Along, 'Aisya & 'Aisy

Buah Cempedak


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hmm...baru sempat nak update blog...
Hari ni cerita mengenai buah cempedak, ada jugak anak-anak yang tak kenal buah cempedak ni...
Buah cempedak ni kena pandai pilih bila beli, mama suka yang bau dia harum semerbak dan isinya manis macam gambar kat bawah ni...mama beli kat pasar tani Taman Melawati.




Macam-macam boleh buat dengan cempedak ni, Kalau mak mama (nenek) memang pandai buat lempuk cempedak,lepas tu goreng macam bentuk cekodok....wah! manis dan sedap.
Mama ni pandai goreng cempedak  & rebus biji cempedak je.





Cara nak buat cempedak goreng.
     
Bahan.
  •  Buah  Cempedak
Bahan-bahan untuk celupan
  • Tepung gandum       4 sudu besar
  •  Tepung beras          1 sudu besar
  • Serbuk kunyit           secubit
  •  Garam                      secukup rasa
  •  Air                            secukupnya untuk membancuh

  Cara.
  • Panaskan Kuali yang diisi minyak banyak untuk menggoreng
  • Bancuh bahan-bahan untuk celupan tidak terlalu cair atau pekat.
  • Celupkan ulas buah cempedak didalam bancuhan tepung, goreng sehingga masak.
  •  Siap untuk dimakan macam gambar kat atas.


   Cara nak buat biji cempedak rebus.

   Bahan.
  •   Biji buah cempedak
  •  Air
  • garam 

  Cara.
  • Masukkan semua bahan kedalam periuk.
  •   Pastikan air melebihi paras biji cempedak.  
  •  Rebus sehingga biji cempedak menjadi empuk.
  •  Angkat dan boleh dimakan seperti gambar dibawah.
Rasanya lemak dan sedap....




      Selamat mencuba...