Singapore?
Ya...Singapore, macam yang mama dah bagitau pada post sebelum ni, mama nak gi Singapore kan!
Mama pergi tinggalkan ayah & anak2, naik bas ikut program ofis, pergi visit tempat orang macam mana rupanya.
Kali ni mama pergi naik bas duduk sebelah kawan mama, nama dia Fazila Ahmad.Siapa Fazila ni?
Eh! nak cerita pasal Singapore ke, pasal Fazila ni?Mula2 cerita pasal Fazila ( Ummi Fazila ).
Fazila ni kawan baik mama masa bujang2 dulu, slalu gi shopping, kat ofis, kehulu kehilir memang dengan dia.Masa dia kawin pun mama yang jadi pengapit & penyibuk, dari bertunang, malam berinai sampai hari majlisnya, mama yang sibuk ( sibuk ambik gambar ), kalah pengantin.Lepas dia kawin, tak delah serapat masa bujang, pas tu mama pulak kawin dengan ayah, lagilah masing2 dengan hal sendiri.
Masa awal masuk kerja, mama 1 ofis dengan Ummi Fazila, itu yang berdua kehulu kehilir.lama-lama kami dah tukar-tukar dept., maka kami membawalah haluan masing2 dengan berbagai-bagai memori yang tak dapat dilupakan, esp. yang kelakar2...
O.K, Sekarang sambung cerita pasal Singapore, Kami bertolak ( 3 bas ) hari Khamis pukul 12.00 a.m ( kira dah Jumaatlah kan!), Subuh hari sampai di Gelang Patah, Solat & bersiap tunggu bas persiaran datang untuk bawa kami masuk Singapore.Keluar dari Immegresen S'pore kami terus bertolak ke NTU ( Nanyang Technological University ), kami pergi melawat Library kat sana.Disebabkan bas kami lewat , kami diberi refreshment dulu...banyak pulak makanan yang dihidangkan ( TQVM to NTU Library ).Ada Mee hoon warna oren tau, ada ayam goreng, blueberry muffin, swiss roll yang bersaiz comel, karipap etc..Dah kenyang baru kami pergi jalan visit Library NTU.Habis di NTU, kami check-in dihotel lepas tu sambung gi city tour.
Singgah tengok baby Merlion, sebab Merlion yang besar tu tengah dicat baru & singgah jugak untuk beli serba sikit souvenir.
Mama & Ummi jalan2 kat Singapore esp. kat Universal Studio hari tu berdua-dua shj. Tak leh nak ikut kawan-kawan lain sebab kami masuk USS dengan tujuan nak ambik2 gambar & beli Souvenir untuk anak2.Kami pun tak berminat sangat naik roller coaster etc...,biarlah orang kata rugi tak naik sebab dah masuk USS, tapi pada kami O.K2 je.
Keluar dari USS pukul 5.00 p.m terus bertolak balik ke JB, Check in hotel, makan & rehat...( malam tu pergi jugak ke Pasar Karat kat sebelah hotel...sampai sesat nak balik, bila tanya orang, hotel kami kat depan mata je!he...he...he...
Esok, pagi-pagi kami bertolak balik ke Gombak, On the way, kami singgah dulu di JPO( Johor Premium Outlet).Emmm...nak Shopping tapi duit tak cukup, dapatlah jugak kasut ( Maggie Flat Shoes) kat Cotton On sebab kaki dah melecet sebab terlebih jalan masa kat USS.Masuk kedai coklat, beli coklat lagi (Kat S'pore pun dah beli jugak.).Habis ronda di JPO kami pun bertolak balik pukul 1.00 p.m.
Macam-macam perasaan pahit-manis kami rasa dalam 3 hari ni.
Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik dan sentiasa dibawah rahmat & perlindunganNYA sepanjang perjalanan ini...
Tahun depan pergi mana pulak ya?
Jom tengok gambar2 kami...
let the photos tell the story
Baby Merlion |
Ummi nak muka dia kat dalam huruf 'O' tu jugak... |
"MERLION ON A HOLIDAY"- MERLION yang besar tu sedang dicat baru... |
Mama & Ummi teruja tengok aiskrim ni... |
Ummi sangat suka kat bangunan yang macam kapal tu... |
Ummi dapat bawak balik 1 Betty Boop akhirnya... |
Kereta Bumble-Bee Transformers...sorry Aisy, tak boleh bawak balik! |
Mummy Return... |
Rasa macam seram jugak gambar dgn 2 org kat blkg tu... |
Ummi jadi anak dinosour baru menetas...jenis apa ya, Ummisaurus lah kot!( Jgn marah ya ummi) |
Donkey tu mcm menjerit sronok dapat ambik gambar dgn Ummi... |
Mama suka warna-warni kat Madagascar ni... |
Tengoklah kami, Kalah kanak-kanak syok bergambar... |
Sempat jugak tengok Sesame Street buat Show. |
Bergambar kat tempat orang lain tak berapa nak pergi. |
Ha..ha..Mama suruh Ummi diri tengah jalan, rupanya dia diri betul2 lurus atas garis kuning tu... |
![]() |
Chocolate & Candy - Yummmyyy... |
No comments:
Post a Comment