Saturday, 21 December 2013

Adam Lai...- lai..lai...pergi makan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari ni ada orang belanja makan...sape lagi...Pak Ngah Alin@Ayahabie (satu-satunya Abang Ipar mama).Dari semalam dah janji.Pukul 12.30 tengahari janji jumpa kat Adam Lai restaurant , wangsa Melawati. Belanja sempena result PMR kak Long yang baru keluar khamis lepas..
.Pesan Pak Ngah pada Kak Long "Make this result as a starting point untuk capai  your next kecemerlangan"

  Pagi - pagi dengar ada orang mesin rumput kat tepi rumah dan nak jadi cerita, cermin belakang van pecah habis sebab melantun batu masa orang tu mesin rumput.Ayah sibuk nak pergi tukar cermin & mungkin tak sempat nak join makan sekali. Pak Ngah Alin & Mamayu terpaksa jemput mama & anak-anak.Sampai kat Adam Lai, ayah pun sampai dengan van yang terlopong cerminnya.Dia kata orang tu baru nak order cermin, bila sampai baru dia orang call untuk pasang. tu pun petang-petang sikit katanya.
   Sedap makanan kat Adam Lai ni...yang paling anak-anak suka ialah Sup Ketam.Yang bestnya tak ramai orang..
Tengok gambar ajelah ya... 
Sape-sape nak pergi boleh tengok kat sini : http://restoranadamlai.blogspot.com

 




Jom pilih makanan



Air ayah - Sirap Bandung Adam Lai

Kami duduk sebelah akuarium ikan



Sup Ketam...nyummmm

Nasi Goreng China dan lauk pauk. Fav. Aisy -Brocolli

Ikan Steam...sedaappp...Fav. Aisya

Mee Kari, ada sotong dan udang

Pelanggan-pelangan yang malu-malu Cuking ( kalau kucing tu, tersipu-sipu je...)

Aisy kata "Comelnya" - The sweetest couple of the day (bukan soup of the day ya!)



                         Air mamayu tu air Sirap Selasih, harum bau sirap nya...


Air Aisya - Epal Juice

Tauhu lembut




Cermin van yang terlopong.


 Terima Kasih kepada PAk Ngah yang belanja kami makan sampai kenyang...
Moga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan Allah dalam 
segala urusan...Amin...

PMR - Bersyukurlah untuk setiap anak yang dikurniakan dan hargailah mereka...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

  Setiap anak yang dikurniakan kepada kita pasti ada keistimewaan masing-masing.
Bagi ibubapa yang dikurniakan anak-anak yang tinggi IQ dan pintar pasti merasa sangat bangga dengan pencapaian anak-anak yang sentiasa cemerlang dalam apa bidang yang lakukan.Bagaimana dengan ibubapa yang dikurniakan dengan anak-anak yang 'istimewa' atau pun yang tak seberapa pencapaian nya?Ibubapa ini perlu kuat semangat, Sabar dan sentiasa harus berusaha membantu anak-anak yang sebegini.
    Ingat ya...anak-anak itu adalah anugerah Allah dan pada setiap anak itu pasti kita akan diduga dengan pelbagai dugaan yang berlainan.
Wah! Wah! Wah! Kenapa mama ni tiba-tiba jadi serius pulak ni bila cerita pasal anak-anak.
bukan apa, ada ibubapa yang tak seberapa nak hargai pencapaian anak-anak mereka.Walaupun anak-anak tu macam tak kisah samada mak ayah dia peduli ataupun tidak, tetapi disatu sudut hati anak-anak kita tu sebenarnya ada terdetik yang berharap mak ayah dia sentiasa meraikan atau berikan reaksi positif untuk setiap apa yang mereka capai.
   Sebenarnya mama ni nak cerita pasal PMR yang baru je keluar keputusannya Khamis lepas ( 19/12/2013).Mama nak ucap Tahniah pada Kak Long kerana dapat 'result' yang bagus, mama bangga dengan Kak Long...walaupun kak Long tak dapat semua A.
Mama bangga dengan semangat Kak Long, walaupun kak long bukan dikalangan Top Student , Kak Long dah berusaha kuat untuk dapatkan result yang baik tu 5A 3B!
Tahniah Kak Long...mama masih ingat lagi Kak long masa sekolah rendah, Kak Long hanya dapat 2A saja dalam UPSR, mama tahu mama tak boleh putus semangat untuk bantu anak mama ni,  KAK LONG  memang boleh buat!!!kak long kena usaha lebih sikit dari kawan-kawan yang memang tinggi IQ dan pandai-pandai.
  Sekarang ni mama kena kuatkan usaha untuk bantu Aisya pulak...Aisya tahun depan darjah 4, Aisya juga 'late bloomer' macam Kak Long.Masa Aisya tahun 1, kami dipanggil bersama ibubapa yang ada anak-anak 'istimewa' untuk bincang perkembangan anak-anak.
Aisya masuk kelas Khas dan kalau selepas 6 bulan Aisya masih lambat dalam pelajaran dia, kami kena bawa Aisya ke HKL untuk kenalpasti tahap IQ dia.
Alhamdulillah, dalam tempoh 6 bulan kami tumpukan pada Aisya belajar dan dia berjaya untuk masuk ke kelas anak-anak yang normal. Bila tahun 2 Aisya dapat naik kelas.
  Untuk Alya ( form1) dan Aisy (Darjah 1), mama kena bebel selalu je...dia orang mudah nak hafal pelajaran , cuma malas atau rajin je nak ulangkaji.
 Moga Allah sentiasa bagi kekuatan dan kemampuan untuk mama ayah mendidik anak-anak menjadi insan yang sentiasa besyukur dengan kurniaanNya.Moga Allah berikan kesempatan untuk kami bantu anak-anak kami sehingga mereka boleh hidup berdikari.

Jom tengok gambar keputusan PMR kak Long...


Beratur untuk ambil keputusan




Kak Long dengan kawan2

Kak Long & Iman Sabrena lepas ambil result

Best Friend...kedai makan depan sekolah

Hadiah dari mamayu & Pak Ngah...apa ada kat dalam...Lumayannnn...


    


Wednesday, 18 December 2013

Jeruk Limau...Limau/Lemon besar?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 Hari ni mama nak tunjuk gambar limau yang kawan mama bagi.Kawan mama tu namanya Ramziah Hani (sedap nama dia).Panggilan manja dia kat ofis "Ram".Minggu lepas Ram balik kampung dia kat Kuala Nerang...dia bawak balik limau yang mama tak pernah tengok, ramai orang pun tak pernah tengok...
Saiz limau tu besar betik yang comel-comel yang orang selalu jual kat pasar tani.
Ram kata buat jeruk katanya...dia siap bagi cara nak buat, cuma rebus dan letak gula aje, memang kena cuba buat.

Ini lah limau yang tak tau namanya, Ram kata Limau Pasir.

Saiz nya besar 

Baunya sangat 'refreshing' macam bau lemon, Alya kata macam bau pencuci pinggan lemon.

Dibelah dua

Kulitnya agak tebal

Kawan mama kata kikis kulit tapi mama dah silap, siap kupas nipis kulitnya.


Dipotong kecil, Kak Long siap keluarkan biji, mana tau kot-kot boleh tanam.


Rebus sebanyak 4 kali, setiap kali rebus buang dan ganti airnya - kurangkan pahit.

Masuk bekas dan tabur gula.



Tutup dan biarkan saja, Gula akan mencair sendiri.
        Mama pun tak tau rasanya macamana, baru malam tadi mama letak gula, pagi ni dah mencair.
        Mama nak biarkan 2-3 hari baru nak rasa....atau jom buat acar limau, emmm...sedapnya!

Terima Kasih banyak pada Ramziah untuk limau dan cara nak jerukkan limau tu!!! lain kali balik kampung bawak lagi buah yang pelik2 balik KL ya!





Sunday, 10 November 2013

March ...October

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum,
Wah! hari ni tetiba mama nak update blog yang dah berkarat ni...punyelah lama, apa nak buat mama memang tak ada masa langsung.
Kebelakangan ni, lagilah macam-macam hal dan cerita yang menyibukkan mama hari-hari.
Alhamdulillah setiap minggu order untuk Kek Karot sangat memberangsangkan.Moga Allah tambah rezeki mama untuk anak-anak.
Apa yang dah jadi sejak bulan-bulan lepas ya!  

March
Ohhh...bulan ni B'day si budak kecik Muhammad 'Aisy .

April
Wahh...bulan ni B'day Kak Long & anniversary mama ayah
Terima kasih ayah belanja kami Hi Tea .Kak Long dapat kayu hoki baru....

Bulan ni jugak Air kerap terputus kat rumah, sampai kena tadah air hujan untuk cuci tempat kucing...



 Mei
 Sibuk dgn tempahan....

Jun
Sukan sekolah rendah






Sukan Sekolah menengah.

PANGLIMA TETAP JUARA - pastinya rumah purple anak2 mama!!!!













July

 Sibuk dgn tempahan kek gula hangus...tersangat lah banyak...hari-hari dok bakar bila balik keje.

Paling sibuk ialah Kak Long...ulangkaji nak PMR.
Bersabarlah Kak Long...mama terima apa saja keputusan PMR nanti, yang pasti Kak Long mesti usaha gigih.
Mama sentiasa doakan Kak Long...

Bulan ni juga Ramadhan bermula....
Alhamdulillah...anak2 mama semua cukup puasa.
Tahniah pada 'Aisy & Acha, kuat semangat untuk habiskan sebulan puasa! 

August  
Hari Raya Aidil fitri & ada majlis kenduri kat rumah Kakak ayah.Majlis akad nikah diMasjid Klang Gate & majlisnya diDewan Sekolah Klang gate...yang bestnya sebab ada candy table.
Tahniah kepada Dayah & En.Suami...Kami sentiasa doakan yang terbaik!








September
Happy B'day ayah...
Anak-anak dengan semangat buat surprised untuk ayah!Ketuanya pastilah Kak Long...Kak Yonglah katakan!

October   
Bulan ni ada yang sedih & gembira...
Yang gembira -'Happy B'day Acha', kami sambut kat rumah mamayu (kakak mama), Acha tak tau, kami surprised kat dia.
Mamayu buatkan kek roses pink yang sangat comel...tersipu2 Acha malu.tak jumpa gambar, nanti mama insert bila jumpa.

Yang Sedih - Kawan ofis mama meninggal dunia, sedihnya kami.Arwah masuk hospital tengahari Isnin(sebelum raya Haji hari Selasa) tak sedarkan diri sehingga akhirnya.Mama ayah ziarah kat Kampung Melayu Subang .Hari tu Sabtu hari jadi Acha...Mama tak sempat buat apa-apa untuk Acha, Alhamdulillah Mamayu buatkan kek untuk Acha.Mama ayah sempat belikan bantal bentukStrawberry untuk Acha je!

Tu ajelah yang mama dapat buat 'summary' apa yang jadi bulan-bulan lepas.