بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Setiap anak yang dikurniakan kepada kita pasti ada keistimewaan masing-masing.
Bagi ibubapa yang dikurniakan anak-anak yang tinggi IQ dan pintar pasti merasa sangat bangga dengan pencapaian anak-anak yang sentiasa cemerlang dalam apa bidang yang lakukan.Bagaimana dengan ibubapa yang dikurniakan dengan anak-anak yang 'istimewa' atau pun yang tak seberapa pencapaian nya?Ibubapa ini perlu kuat semangat, Sabar dan sentiasa harus berusaha membantu anak-anak yang sebegini.
Ingat ya...anak-anak itu adalah anugerah Allah dan pada setiap anak itu pasti kita akan diduga dengan pelbagai dugaan yang berlainan.
Wah! Wah! Wah! Kenapa mama ni tiba-tiba jadi serius pulak ni bila cerita pasal anak-anak.
bukan apa, ada ibubapa yang tak seberapa nak hargai pencapaian anak-anak mereka.Walaupun anak-anak tu macam tak kisah samada mak ayah dia peduli ataupun tidak, tetapi disatu sudut hati anak-anak kita tu sebenarnya ada terdetik yang berharap mak ayah dia sentiasa meraikan atau berikan reaksi positif untuk setiap apa yang mereka capai.
Sebenarnya mama ni nak cerita pasal PMR yang baru je keluar keputusannya Khamis lepas ( 19/12/2013).Mama nak ucap Tahniah pada Kak Long kerana dapat 'result' yang bagus, mama bangga dengan Kak Long...walaupun kak Long tak dapat semua A.
Mama bangga dengan semangat Kak Long, walaupun kak long bukan dikalangan Top Student , Kak Long dah berusaha kuat untuk dapatkan result yang baik tu 5A 3B!
Tahniah Kak Long...mama masih ingat lagi Kak long masa sekolah rendah, Kak Long hanya dapat 2A saja dalam UPSR, mama tahu mama tak boleh putus semangat untuk bantu anak mama ni, KAK LONG memang boleh buat!!!kak long kena usaha lebih sikit dari kawan-kawan yang memang tinggi IQ dan pandai-pandai.
Sekarang ni mama kena kuatkan usaha untuk bantu Aisya pulak...Aisya tahun depan darjah 4, Aisya juga 'late bloomer' macam Kak Long.Masa Aisya tahun 1, kami dipanggil bersama ibubapa yang ada anak-anak 'istimewa' untuk bincang perkembangan anak-anak.
Aisya masuk kelas Khas dan kalau selepas 6 bulan Aisya masih lambat dalam pelajaran dia, kami kena bawa Aisya ke HKL untuk kenalpasti tahap IQ dia.
Alhamdulillah, dalam tempoh 6 bulan kami tumpukan pada Aisya belajar dan dia berjaya untuk masuk ke kelas anak-anak yang normal. Bila tahun 2 Aisya dapat naik kelas.
Untuk Alya ( form1) dan Aisy (Darjah 1), mama kena bebel selalu je...dia orang mudah nak hafal pelajaran , cuma malas atau rajin je nak ulangkaji.
Moga Allah sentiasa bagi kekuatan dan kemampuan untuk mama ayah mendidik anak-anak menjadi insan yang sentiasa besyukur dengan kurniaanNya.Moga Allah berikan kesempatan untuk kami bantu anak-anak kami sehingga mereka boleh hidup berdikari.
Jom tengok gambar keputusan PMR kak Long...
Beratur untuk ambil keputusan |
Kak Long dengan kawan2 |
Kak Long & Iman Sabrena lepas ambil result |
Best Friend...kedai makan depan sekolah |
Hadiah dari mamayu & Pak Ngah...apa ada kat dalam...Lumayannnn... |
No comments:
Post a Comment