Tuesday, 19 February 2013

Roti Jala & Nasi Goreng butter


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 Sepatutnya mama buat post ni Ahad lepas, tapi mama ni mana ada banyak masa lapang...baru hari ni boleh masukkan.
  O.K lah, Jom tengok apa mama buat untuk anak-anak Ahad lepas.Pagi pagi lagi mama dah bangun sebab Aisya & Aisy ada kelas agama.Anak-anak mama tak pergi sekolah agama yang petang-petang tu, so Ayah & mama hantar dia orang belajar KAFA diPusat Bimbingan Huffaz.
Kelas nya Isnin sampai Khamis , Malam pukul 8.30 -9.30, Sabtu & Ahad pulak pukul 8.00 pagi -10.30 pagi. Untuk kelas ni tak ada peperiksaan KAFA atau UPSRA, apa yang ditekankan ialah penghayatannya.Ayah & mama tak kisah, janji anak-anak pentingkan penghayatan agama sehari-hari.

  Sebelum anak2 pergi Kelas Agama, mama buatkan Roti Jala.Bila balik kelas pulak mama buatkan Nasi Goreng butter kanak-kanak sebab Aisy buat perangai hari tu, nak pergi kelas merengek, bila balik dia bising2 kata penat2, tapi...bila tengok nasi goreng mama terus senyum, hilang semua penat dia! Sebab apa ya?...Sebab mama buat bentuk yang special...Jom tengok gambar & resepi yang ringkas kat bawah...   



Roti Jala :

2 cawan tepung
2 1/4 cawan air
1 biji telur
Garam

Bancuh semua bahan  & boleh lah menjala atas kuali.
 
Sedap makan dengan kuah durian, kegemaran Aisy
Pagi sampai petang mama asyik menjala sepanjang Ahad...Ayah & Alya nak yang garing2


Nasi Goreng Butter.

Mama tertarik tengok 5 rencah 5 rasa, yang buat nasi goreng butter...t/q chef Sher Sen

Resepi mama :

Sedikit bawang besar - hiris sedang2 ( Chef Sher tak pakai bwg besar, dia pakai bwg putih shj)
 
2 biji bawang putih ( kuantiti ikut kuantiti nasi yang nak dimasak...Che Sher kata , "Bawang putih sangat sesuai digunakan dengan butter".)

Nasi ( jgn guna nasi panas)

3 biji telur

Garam

Butter untuk menumis.

Cara masak mama :

Panas kuali, masuk butter, - cair
Tumis bwg besar, bwg putih.
Pecah telur 1 biji, dalam tumisan, kacau2.
Masuk nasi, gaul kesemua biar sekata.
buat lubang ditengah2 nasi, letak sedikit minyak pecahkan lagi telur yang selebihnya, kalau suka banyak  telur, tambahlah kuantiti telur tu!
Bila telur dah agak masak, gaul kesemuanya dengan nasi sehingga sekata semuanya.
O.K dah siap!


Nasi goreng butter adalah kegemaran Alya sebab tak pedas langsung & tak ada sayur!

Alya buat minta buat banyak2 untuk adik2 balik kelas agama


Itu saje untuk kali ni......
  

Thursday, 14 February 2013

Port Dickson & balik kampung

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

   Apa cerita hari ni?
Baru habis bercuti pada tahun baru cina lepas?
Kami sekeluarga balik kampung hari Sabtu, singgah Port Dickson sebab dah lama sangat tak bawak anak-anak mandi laut...teringat masa dulu-dulu, masa kecik-kecik, kalau petang-petang arwah ayah mama selalu bawak pergi mandi laut di Port Dickson, bila on dway balik arwah ayah mama akan pasang catridge dalam kereta lagu Dahlan Zainuddin...apa lagi...lentoklah dalam kereta.


Jom tengok gambar yang diambil oleh Camera girl "Kak Long Aina"


Gambar Laut..
Jom berkelah!

Ayah pun lepaskan kemaruk berenang dia...nasib baik tak sampai 'seberang'


Acha & Angah...buat apaaa..lah tu!





Bukan main berani sibudak 'Aisy ni!


Father & son

Acha main ombakk...



budak-budak kecik yang seronok!


 
Eh! siapa ni?Ini kembar yang kita orang jumpa & berborak.Comel sangat dua beradik ni.
Monyet sangat 'ramai' on d way balik rumah nenek diLinggi




Tu jelah pasal PD. Balik KL hari Ahad bawa nenek sekali sebab nak tengok  tangan  Angah Tati yang kena nyumm..nyumm dengan Lassie, siKucing gemuk gedempol mama ayu!

Bye!

Thursday, 7 February 2013

Pucuk ubi dan pesta buku

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam,

  Hari ni Jumaat, mama kerja petang.Pagi ni hujan, gelap gelita hantar anak-anak pergi sekolah, mata mama dah lah tak berapa nak power, cermin mata pulak dah patah tangkai, adui hai...bukan main silau masa bawak kereta.
 Hari ni semua orang macam sibuk je, ayah sibuk nak pergi sekolah menengah along, angah untuk tolong2 prepare pasang2 slidelah, pasang kabel lah, ada majlis sambutan Maulidur Rasul, tapi yang paling sibuk mestilah mama...lepas hantar anak-anak sekolah, sampai rumah nak gosok baju Melayu ayah cepat2, nak masak spaghetti untuk orang tempah-tak banyak, tapi kalau buatkan orang, anak-anak pun kena buat kan jugak...maka banyaklah jadinya...habis masak spaghetti, nak sediakan makan t/hari pulak untuk anak-anak balik sekolah , kemas rumah, lepas tu nak pergi kerja pulak.Tak pelah,
itulah tugas mak-mak orang.Sentiasa sibuk dan mesti ikhlas bila buat semua benda.
   O.k, O.k, O.K...sebenarnya nak cerita pasal hujung minggu lepas.Anak2 semua sibuk nak pergi Pesta Buku 1Malaysia.Pergilah jugak hari sabtu, lepas adik-adik balik kelas agama pagi tu, tak sempat tukar baju, memang best tapi yang tak bestnya bukan anak yang hilang...ayah yang hilang..puas cari yang kami jumpa ialah pelakon cerita "sampai hujung nyawa" si Hadi tu!tengah buat promosi.Last, last jumpa ayah tunggu kat luar sebab dia pun dah kehilangan anak isteri! Mama pesan kat anak-anak, pilih buku jangan gelojoh sebab Pesta buku akan ada lagi bulan April, kalau tak silap. Mesti nak pergi jugak, mama kena budget baik-baik wallet mama ! 
 
Kak Long & Alya sedang sibuk pilih novel...

Muka merajuk  'Aisy sebab buku dia tak beli lagi...


Seperti biasa di 'Ain Maisarah, alya nak beli Mr. Right selebriti, nak jumpa Kak Ain, dia tak larat nak beratur...Nasib baik Kak Ain dah siap-siap sign buku yang dia beli!







 Gambar kat bawh ni tak ada kena mengena denagn pesta buku kat atas tu...



  Ini ialah pucuk ubi bunga yang mama ayah tanam depan rumah diatas tanah sekangkang kera, dah 2 kali dapat makan pucuk ubi ni.Suka sangat sebab daunnya cantik, kerinting-kerinting tak macam pucuk ubi biasa...masak lemak cili api, sedap sekali...



Hasil tuaian
Daun Kesum & pandan, pokok mint tanam dalam pasu tak sempat ambik gambar.
Y
Kebun sekangkang kera, tapi macam-macam ada (Oregano, ubi, selasih, ulam raja, pandan, daun kesum)



Sekarang ni, ayah paling seronok  cucuk tanam, hari tu siap beli pokok strawberry , tapi tak mau pulak hidup, panas sangat kat rumah ni...

O.k stop dulu, nak sambung masak!