Thursday, 7 February 2013

Pucuk ubi dan pesta buku

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam,

  Hari ni Jumaat, mama kerja petang.Pagi ni hujan, gelap gelita hantar anak-anak pergi sekolah, mata mama dah lah tak berapa nak power, cermin mata pulak dah patah tangkai, adui hai...bukan main silau masa bawak kereta.
 Hari ni semua orang macam sibuk je, ayah sibuk nak pergi sekolah menengah along, angah untuk tolong2 prepare pasang2 slidelah, pasang kabel lah, ada majlis sambutan Maulidur Rasul, tapi yang paling sibuk mestilah mama...lepas hantar anak-anak sekolah, sampai rumah nak gosok baju Melayu ayah cepat2, nak masak spaghetti untuk orang tempah-tak banyak, tapi kalau buatkan orang, anak-anak pun kena buat kan jugak...maka banyaklah jadinya...habis masak spaghetti, nak sediakan makan t/hari pulak untuk anak-anak balik sekolah , kemas rumah, lepas tu nak pergi kerja pulak.Tak pelah,
itulah tugas mak-mak orang.Sentiasa sibuk dan mesti ikhlas bila buat semua benda.
   O.k, O.k, O.K...sebenarnya nak cerita pasal hujung minggu lepas.Anak2 semua sibuk nak pergi Pesta Buku 1Malaysia.Pergilah jugak hari sabtu, lepas adik-adik balik kelas agama pagi tu, tak sempat tukar baju, memang best tapi yang tak bestnya bukan anak yang hilang...ayah yang hilang..puas cari yang kami jumpa ialah pelakon cerita "sampai hujung nyawa" si Hadi tu!tengah buat promosi.Last, last jumpa ayah tunggu kat luar sebab dia pun dah kehilangan anak isteri! Mama pesan kat anak-anak, pilih buku jangan gelojoh sebab Pesta buku akan ada lagi bulan April, kalau tak silap. Mesti nak pergi jugak, mama kena budget baik-baik wallet mama ! 
 
Kak Long & Alya sedang sibuk pilih novel...

Muka merajuk  'Aisy sebab buku dia tak beli lagi...


Seperti biasa di 'Ain Maisarah, alya nak beli Mr. Right selebriti, nak jumpa Kak Ain, dia tak larat nak beratur...Nasib baik Kak Ain dah siap-siap sign buku yang dia beli!







 Gambar kat bawh ni tak ada kena mengena denagn pesta buku kat atas tu...



  Ini ialah pucuk ubi bunga yang mama ayah tanam depan rumah diatas tanah sekangkang kera, dah 2 kali dapat makan pucuk ubi ni.Suka sangat sebab daunnya cantik, kerinting-kerinting tak macam pucuk ubi biasa...masak lemak cili api, sedap sekali...



Hasil tuaian
Daun Kesum & pandan, pokok mint tanam dalam pasu tak sempat ambik gambar.
Y
Kebun sekangkang kera, tapi macam-macam ada (Oregano, ubi, selasih, ulam raja, pandan, daun kesum)



Sekarang ni, ayah paling seronok  cucuk tanam, hari tu siap beli pokok strawberry , tapi tak mau pulak hidup, panas sangat kat rumah ni...

O.k stop dulu, nak sambung masak!

No comments:

Post a Comment