بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Sepatutnya mama buat post ni Ahad lepas, tapi mama ni mana ada banyak masa lapang...baru hari ni boleh masukkan.
O.K lah, Jom tengok apa mama buat untuk anak-anak Ahad lepas.Pagi pagi lagi mama dah bangun sebab Aisya & Aisy ada kelas agama.Anak-anak mama tak pergi sekolah agama yang petang-petang tu, so Ayah & mama hantar dia orang belajar KAFA diPusat Bimbingan Huffaz.
Kelas nya Isnin sampai Khamis , Malam pukul 8.30 -9.30, Sabtu & Ahad pulak pukul 8.00 pagi -10.30 pagi. Untuk kelas ni tak ada peperiksaan KAFA atau UPSRA, apa yang ditekankan ialah penghayatannya.Ayah & mama tak kisah, janji anak-anak pentingkan penghayatan agama sehari-hari.
Roti Jala :
2 cawan tepung
2 1/4 cawan air
1 biji telur
Garam
Bancuh semua bahan & boleh lah menjala atas kuali.
Sedap makan dengan kuah durian, kegemaran Aisy |
Pagi sampai petang mama asyik menjala sepanjang Ahad...Ayah & Alya nak yang garing2 |
Nasi Goreng Butter.
Mama tertarik tengok 5 rencah 5 rasa, yang buat nasi goreng butter...t/q chef Sher Sen
Resepi mama :
Sedikit bawang besar - hiris sedang2 ( Chef Sher tak pakai bwg besar, dia pakai bwg putih shj)
2 biji bawang putih ( kuantiti ikut kuantiti nasi yang nak dimasak...Che Sher kata , "Bawang putih sangat sesuai digunakan dengan butter".)
Nasi ( jgn guna nasi panas)
3 biji telur
Garam
Butter untuk menumis.
Cara masak mama :
Panas kuali, masuk butter, - cair
Tumis bwg besar, bwg putih.
Pecah telur 1 biji, dalam tumisan, kacau2.
Masuk nasi, gaul kesemua biar sekata.
buat lubang ditengah2 nasi, letak sedikit minyak pecahkan lagi telur yang selebihnya, kalau suka banyak telur, tambahlah kuantiti telur tu!
Bila telur dah agak masak, gaul kesemuanya dengan nasi sehingga sekata semuanya.
O.K dah siap!
Nasi goreng butter adalah kegemaran Alya sebab tak pedas langsung & tak ada sayur! |
Alya buat minta buat banyak2 untuk adik2 balik kelas agama |
Itu saje untuk kali ni......
No comments:
Post a Comment